Sunday, March 22, 2009
Trip ke K. T'ganu & Pengkalan Chepa...
tp mmg best la dpt jalan2 dgn mmbe2........dpt knl tmpat org......wah.....byk nye tmpt bes yg ingi 'Ambo' lawati.....
Kepada kawan ku yg berkahwen di Pengkalan Chepa.......semoga berbahagia ke akhir hayat.......
tak ketinggalan episod sesat ketika mencari rumah pengantin.....hehehehhe
Alhamdulillah....segala nye selamat dr perkara yg tak diingini.......
Lain kali blh plan travel 1 M'sia......camping....wah....besnye.......
Saturday, March 14, 2009
Benci & Silaturrahim...Hebat sangatkah "KITA"..
Segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.
Alhamdulillah.....'Ambo' masih dipanjangkan umur dan berkesempatan utk menulis dan kite masih diberi kesempatan untuk membaca dan mengambil mane yg baik dan menegur mane yg silap. 'Ambo' sebenar nya ingin berkongsi tentang kepentingan solat berjemaah tetapi setelah membaca satu email yg bertajuk "PISANG & HATI", 'Ambo' tergerak utk memaparkan tentang hadis dan kepentingan "silaturrahim".
Di sini disertakan cerita dari email(agak menarik ceritanya) dan hadis-hadis yg diperolehi dr sebahagian buku yang ada dalam koleksi 'Ambo'. Dikesempatan ini juga 'Ambo' ingin meminta maaf jika ada@pernah menyinggung mane-mane perasaan. Sekarang ni agak susah kita ingin mengungkap kan perkataan "maaf"......huhuhuhuhu
Alangkah bahagia nye jika ada sahabat kite yang mendoakan keselamatan, kesejahteraan kite.....agak2 ada tak??????????bagaimane pula dgn diri kite...?????pernah kah kite mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesenangan, ketenangan utk sahabat kita, utk guru kita, utk jiran kita, utk majikan kita, utk pekerja kita, utk pelajar kita.....(ibu bapa & keluarga xkan xpernah jugak kot.....tu dah kira melampau...).
Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari... Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.' Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk . 'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang ja uh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci..!!
KAMU tidak akan bahagia. Dan jgn lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat & mendengar... dan Allah tahu apa yg sbenarnya belaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu maha mengetahui.. InsyaAllah sumpahan KAMU dgn nama Allah akan mdpt balasan di dunia ini juga.. bkn untuk di akhirat nanti.. kerana kamu mem permainkan nama Allah dan kebesaranNya untuk menganayai seseorg.. dan
"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahimnya."
(Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)
"Sesungguhnya rahmat tidak akan turun kepada suatu kaum yang di kalangan mereka ada orang yang memutuskan silaturrahim."
(Riwayat Bukhari dari Ibnu Abi Aufa)
Antara hadis lain yang berkaitan dengan 'silaturrahim'...
- Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim. (Hadis muttafaqun 'alaih, dari Jubair bin Muth'im)
- Bahawa sesungguhnya amalan umatku diangkat pada petang Khamis malam Jumaat, maka tidak diterima amal orang yang memutuskan silaturrahim. (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)
Beberapa sumber menyatakan antara tindakan yang dikira memutuskan silaturrahim:
- Bermusuhan seperti mengeji, menghina atau melakukan pengkhianatan yang menyebabkan terputusnya perhubungan.
- Tidak mempedulikan atau mengambil tahu hal saudara mara dan tidak memberi tahu atau menyampaikan berita tentang hal diri kepada saudara mara.
- Tidak bertegur sapa atau bermasam muka.
Menurut Imam Abdul Laits, terdapat 10 perkara yang terpuji dalam menghubungkan silaturrahim:
- Mendapat keredhaan Allah kerana Allah s.w.t amat suka kepada orang yang menghubungkan silaturrahim. Begitu juga dengan penduduk langit dan bumi.
- Mengembirakan orang yang menghubungkan silaturrahim dan orang yang dihubungi, sedangkan amal yang afdhal ialah mengembirakan hati orang-orang yang beriman.
- Menggembirakan para malaikat kerana mereka amat senang dan gembira dengan menghubungkan silaturrahim.
- Orang-orang yang beriman menghormati dan melayaninya dengan baik dan mesra.
- Menambahkan kegelisahan Iblis.
- Memanjangkan umur.
- Membawa berkat pada rezekinya.
- Kegembiraan bagi mayat-mayat dalam kubur kerana mereka itu senang sekali dengan silaturrahim.
- Menambahkan rasa kasih sayang dalam pergaulan.
- Menambakhan pahala amalnya sesudah dia meninggal dunia.
bagi yg mampu blh lah menelefon....menghantar sms.....menghantar email......jangan la kite mengambil mudah ttg hubungan silaturrahim ini.......paling tidak kite DOAKAN la saudara seagama kita......
AMBIL YANG JERNIH
Sekian...Wassalam
Friday, March 13, 2009
Sujud Sajadah
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka." (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa." (HR Bukhari)
Wednesday, March 11, 2009
mEmOrAndUm????
pagi td saya dapat 1 email bertajuk "Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong"......kat bawah ni saya paparkan kandungan email berkenaan....xtahu lah sejauh mane kebenaran email ini.......twtapi memandangkan isi nye menarik n boleh membantu kite utk memahami mengapa mereka menentang dasar PPSMI.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun. Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.
MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI
Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:
1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius. Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.
2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)? Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?
3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?
4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun! Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.
5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu. Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.
6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan. Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi. Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.
7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu. Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun. Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.
8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.
9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.
10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].
HASIL KAJIAN
11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.
12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato? Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.
APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?
13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu ?sudah berjaya? atau ?akan berjaya?, para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C). Kalau cara yang ?mengelat? ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.
GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS
14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan ?gila bahasa Melayu?. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.
15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, ?pendapat? atau ?teori? yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu. Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.
16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V. Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.
17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.
Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini. Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata?ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.
Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Patik sekalian yang berdatang sembah.
segala kandungan email tidak diubah....
Bila agak nye isu ini akan tamat........????? diharap kite dapat berfikir secara telus sebelum menyokong sesuatu perkara @ usul.......semoga ia berakhir dgn keputusan yg tidak mempertaruhkan @ menggadaikan nasib anak2 kite.........terdapat byk perkara yg menarik blh kite bincangkan berdasarkan "memorundum" ini.......
sekian...
Monday, March 9, 2009
whO??????
hhmmm, umur pun dah 25.....tp sape aku yg sbnr nye??????pengkritik???politikus???pendakwah???researher???student???
sempena dgn hari kelahiran junjungan besar kite, Rasulullah s.a.w. ni, aku buka blog......rsnye ni la blog aku yg pertama.....semoga dgn ada blog ni, aku dpt menilai siapa aku yg sebenarnye......huhuhuhu
Pengkritik
mmmm....dlm setahun dua ni, byk jugak yg aku kritik,......isu PPSMI...isu kalimah "Allah"....isu Hudud...isu harga minyak...isu rebat minyak...isu boikot yahudi...
entah la....aku pun xtau kenapa aku blh jd mcm ni........rs mcm byk sgt ketidakpuasan hati ttg isu2 ni.....
Politikus
org politik @ tikus politik sbnar nye??????sbnar nye aku xnak terjebak dgn politik di M'sia ini selagi M'sia mengamalkan sistem pilihan raya......rs byk keburukan yg wujud hasil dr sistem pilihanraya yg dibawa oleh penjajah....kata mengata berlaku di mana2....bangga diri juga berleluasa...perasaan riak pula semakin menebal......fitnah memfitnah xdpt dihentikan.....tambah2 isu politik di Perak...huhuhu byk betul teori2 yg blh mmbawa kebinasaan dunia n akhirat....
mungkin sifat ini dtg dr ayah....dlu die kuat berpolitik......tp stop setelah die xcident...mse tu aku kecil lg...bru 5 @ 6 tahun......mungkin juga kerana org yg berhampiran aku kini kuat dipengaruhi oleh sebelah pihak sahaja....n menolok pihak yg lagi satu secara TOTAL........jd aku terpaksa berada di pihak bertentangan selagi xsalah dr sisi Islam supaya die dapat menerima @ menilai isu tersebut......
Pendakwah
mampu ke aku nak berdakwah????ilmu yg ada dah cukup ke????tp bile aku berbincang, byk juga ayat2 al-Quran, Hadith2 n sunnah2 Rasulullah yg aku gunakan sbgai contoh....risau jugak, takut aku ni pandai bercakap sahaja.....semoga Allah menjauhkan aku dr sifat2 org munafik.....
mmmm....nmpknye aku masih xmampu utk solat berjemaah.....subuh pun agak lama xpergi berjemaah.....last skali sebelum balik kg cuti tahun baru cina.......harapan aku agar tgh mlm nnt aku mmpu melawan syaitan utk bgn solat taubat n pergi solat subuh berjemaah....I'Allah...
Researcher
bile dibaca mengenai teknologi terkini...mengenai perkembangan terkini bidang communication.....aku sgt xcited....rs sgt teruja utk membuat kajian...utk mencari n membaca paper2 yg berkaitan........rs ingin memberi sumbangan yg besar utk Islam......terutama nye bidang military........setelah melihat kekejaman puak rejim yahudi di Gaza......tp mampu ke aku melakukan semua tu??????
harap aku tidak menjadi mcm "mat jenin".......BANGKIT LAH.........
Student
nmpk nye aku skrg ni byk buang masa dr menuntut ilmu......adakah skrg ni aku byk berangan????kadang2 dlm sehari, xde ape pun yg aku belajar.....bile direnungkan balik, rasa menyesal......
oleh itu aku sediakan "blog" ini utk dijadikan sbgai "dairi" perjalanan seharian aku.....semoga aku berjaya menjadi student yg cemerlang.........